UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

May peace be upon you.
hakhikhuk. final exam dah habis? lek dulu. Orang lain mungkin. Me? Not yet. ahakss.kenapa? sebab ada satu hari paper pagi pukul 8:30 pagi tapi tak sedar dan terbangun pada jam 9:00 pagi. bayangkannnnnnn. Mohon paper ganti sahajalah. harus bagaimana lagi . Bila? tunggu surat kedekanan. Doakan saya yaa . Aish first sem first year da macam ni. Takpe sangka baik dengan perancangan Allah SWT. benda nak jadi bukan sengaja. fully prepared da. tapi benarlah kun fayakun. Redha sajalah. Dan aku masih kena bertapa di kolej sampai 22hb sebab join program kolej. Orang badang kolej kan biasalah. uhuks.

Tujuan saya menulis entri kali ini adalah untuk mendedahkan dan memberi panduan kepada saudara-saudari tentang cara dan bagaimana untuk mengisi borang UPU dengan berhemah lagi bertauliah. eh. bolehla. bedal saja lah labu.

Mari membuka lembaran sejarah, diceritakan suatu masa sekitar tahun 2013 selepas SPM , seorang Asmi Asmidar pelajar lepasan SPM 2012 dengan dukacitanya tidak dapat meneruskan pengajian di peringkat IPTA atau matrikulasi (sebab tak apply pun matriks). sobs. Tetapi ditawarkan ke tingkatan enam. Dengan hati yang pasrah dan redha dengan rencanaNya dia pun menempuhi dengan tenang. Alhamdulillah tingkatan enam adalah salah satu perkara terbaik pernah jadi dalam hidup saya. Dan pada tahun 2014 saya berjaya menempatkan diri di IPTA dalam negara. Alhamdulillah. I had no regrets!

Berdasarkan pengalaman berjaya dan gagal itulah saya nak kongsikan apa yang perlu dan patut anda buat. Apa yang tak perlu dan tak patut anda rasa. aha.
Bagi pelajar lepasan STPM.
Bagi yang apply matrikulasi (selalunya matrikulasi kena apply sebelum exam SPM lagi kan) Kebanyakan apply kalau result 4A da lepas da tak kira la sains atau akaun. Kebanyakan dan kemungkinan tinggi akan dapat. Tapi kemungkinan jauh dari keluarga tu mohon tabahla ye. Kalau anda rasa cita-cita anda dan impian adalah berdasarkan segala perkara yang berasaskan ilmu sains adalah baik anda pergi je matrikulasi wokeh :)

Seterusnya bagi mereka yang tak dapat matrikulasi/asasi/diploma kemungkinan besar anda akan ditawarkan ke tingkatan enam sama ada dalam bidang sains tulen atau sains kemanusiaan. sains kemanusiaan pula ada banyak ada geografi, sejarah, bahasa melayu, ekonomi, pentadbiran perniagaan, ict etc. Kebanyakan student akan ambil 4 subjek paling banyak pun 5subjek. Untuk STAM saya tak pasti mungkin subjek mereka lebih banyak.

Okay masa nak apply asasi atau diploma ini la kena isi UPU.
Bear in mind yang UPU ni sistem komputer. Jadi sistem yang diprogramkan ni kena isi dengan bijak sikit.

Pertama ; Beli no pin UPU di BSN. Bagi pelajar lepasan STPM/Asasi/Diploma yang nak apply peringkat Ijazah no pin BSN untuk isi UPU yang biasa. Kalau nak apply ke USM, universiti Apex dia kena beli no pin lain dan kena isi borang di laman web lain.


Kedua: setiap orang mesti ada impian dan cita-cita masing-masing kan. This is the trickiest part waktu nak pilih nak pergi mana, bidang apa. universiti mana. Okay pertama sekali kita kena realistik dengan keputusan. 

Waktu kita nak apply masa buka laman web UPU dia ada bagi panduan tentang kursus yang ditawarkan, syarat-syarat umum, syarat khas dan segala yang diperlukan. Bila kita dah tahu apa yang kita nak kita tengok keputusan kita. Keputusan kita tu kira macam kayu ukur kos yang kita nak ambil. Contoh kita nak apply asasi undang-undang UiTM buka dekat laman web UPU : e-panduan atau https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php  pilih UiTM, ada asasi undang-undang tengok syarat umum dan syarat khas. Contoh la eh syarat khas minima C untuk subjek Matematik atau Sejarah atau Bahasa Inggeris dan lain-lain. Kalau ada salah satu okay dah. Maknanya kalau minima C dapat B atau A da layak la apply. Dan seterusnya juga kalau korang nak apply untuk kos sains atau kos diploma ke tengok syarat khas, subjek minima gred yang dia nak dan subjek tu ada tak. kalau boleh highest daripada minima dia. Agak-agak kalau kos yang korang nak apply tu syarat khas dia takde apa-apa yang berkenaan subjek yang korang ambik. better jangan apply sebab memang dia akan terus eliminate.
Sentiasa ingat yang ni sistem komputer apa-apa info yang kita isi di ambil kira.

Ketiga: Kemaskini.
Selalunya dia bagi kita hanya 3 peluang untuk kemaskini. Jadi hargai peluang yang ada. Pertama kali isi info semua. Dia ada fasa 1&2 selalu fasa 2 tentang maklumat diri. Fasa 2 kos dan kemaskini. Fasa 2 paling penting sebelum tahu result isi dulu mana yang kita rasa kita yakin kita boleh. Okay dah. Jangan terburu sangat untuk simpan dan kemaskini. Tengok satu-satu. Cetak sebagai rujukan. Bila dah dapat keputusan baru kita selarikan apa yang kita ambik dan apa keputusan kita.

Okay itu buat SPM. Buat STPM atau degree this might be more tricky sebab kali ni pilihan kena lebih serious. Masa lepas SPM aku gagal UPU. Mungkin terlepas beberapa perkara penting, apply pun ikut suka. Lepas STPM da jadi realistik sikit. Okay ini lebih kepada tips.

i. Be more realistic dengan apa yang kita nak apply result kita. Kena ingat yang persaingan sangat banyak okay. STPM, Asasi, Diploma, Matrikulasi, puluh ribu yang memohon dan merebut tempat ke IPTA dalam negara.

ii. Not to offend anyone or anything. I'm not being racist ke apa tapi ini kenyataan . Fact yang UiTM hanya untuk BUMIPUTERA. alert, kalau bangsa lain-lain strictly memang peluang nak dapat sangat tipis. Saya tak halang anda nak cuba tapi, banyak lagi universiti lain akan terima anda. Jangan bazirkan walau satu pilihan anda okay. This is for your own good trust me. Saya sendiri perhati dan lihat daripada kawan-kawan sekeliling.

iii. Masa isi UPU anda akan ditanya sama ada nak apply ke RU iaitu UPM,UTM, UKM, UM . anda hanya ada 4 pilihan. dan 8 lagi pilihan IPTA selain RU kecuali USM. Pilihan-pilihan ini sangat penting okay walaupun satu. Isi semua sebab kalau tak dapat pilihan pertama mungkin kedua atau seterusnya.

iv. Sama macam pilihan masa SPM, saya nasihatkan tengok kelayakan bagi setiap kos yang anda nak pilih. Syarat khas. tengok juga sama ada, kos tu ada temuduga atau tak . Temuduga selalunya ada tanda * . Please baca dan tengok betul-betul masa apply.

v. Bagi yang still tak tahu dan keliru nak pilih apa, universiti mana. Okay. Sekarang ni benda mudah, korang just google banyak info boleh dapat. Rajinkan diri. satu, cari kos yang korang minat tu contoh : Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Malaysia . Atau pun kalau secara manual buka laman web UPU tengok setiap universiti, universiti mana yang tawarkan kos Psikologi. List down. Kedua, tengok syarat khas. Ada temuduga atau tak. Subjek apa yang dia nak. Contoh UKM, minima 3.0 untuk subjek Bahasa Melayu , Sejarah atau Geografi ke (contoh) dan; minima C bagi SPM bagi subjek Matematik atau Biologi dan; Minima MUET Band 2. Bila anda yakin keputusan anda semua memenuhi kriteria bolehla mohon.

vi. Okay ini cara play safe dalam mengisi borang UPU. Kalau salah satu daripada empat kos tu korang pilih ada temuduga, next jangan pilih yg ada temuduga. Contoh pilihan 1 ada * pilihan kedua cari kos yang tiada temuduga sebab kalau korang tak dapat temuduga memang sah tak dapat pilihan tu. dan masih ada kemungkinan untuk dapat yang kedua, tapi kalau kesemua pilihan ada temuduga, bahaya sebab kalau tak dapat nanti semua tak dapat. Rugi.

Pilih elok-elok. Jangan bazirkan baki kemaskini. Bagi lepasan STPM, UiTM tak terima da Ijazah Undang-undang untuk student yang aliran sastera. Jadi please alert email ke apa dia bagi. Pastikan alert juga dengann tarikh tutup, tarikh kemaskini, baki kemaskini, tarikh keputusan temuduga.

Most of RU akan ambik student with pointer 3.0 and above. In special case or cost they might take only 3.5 and above or only 4.0 . Jadi tengok juga persaingan dalam kos yang anda pilih. Ini berdasarkan permerhatian di UKM yaa . Beberapa kos yang tough seperti kos di Fakulti Pengurusan Perniagaan, kos yang berkenaan sangat tough student nak dapat. Peluang paling besar untuk student di UKM ialah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kalau pointer korang bawah 3.0 sekalipun jangan sesekali PUTUS ASA! RU ke bukan RU ke janji Universiti, jangan pandang nama sangat. NIAT kita yang penting. Banyak lagi universiti yang korang patut tengok dan bagi perhatian, bagi pelajar pentadbiran perniagaan atau sealiran UUM one of the best U yang sediakan kos berkenaan. Please take a look. Setiap negeri ada U juga contoh , UMK(Universiti Malaysia Kelantan), UMS(Universiti Malaysia Sabah), UNIMAS(Universiti Malaysia Sarawak), dan lain-lain. Peluang untuk ke universiti berkenaan sentiasa terbuka, cuma kena tengok keputusan dan kos yang kita apply.

Bagi pelajar aliran sains STPM, a few thing kena bagi perhatian. Masa apply walaupun kos yang korang nak mestilah aliran sains, cuba tengok yg bawah aliran sastera, kalau dekat UKM, kebanyakan STPM aliran sains boleh apply kebanyakan kos yang ditawarkan(tengok syarat kelayakan khas). Cuba pilih salah 1 pilihan aliran sastera mungkin yang korang minat. akaun pun boleh. Sebab aliran sains saingan asasi dan matriks sangat banyak. Itu je nak ingatkan.Mungkin kalau rasa nak juga aliran sains dan korang tak dapat proceed kat IPTA, still ada IPTS. 


Please, tengok kalau ada kos yang ditawarkan mungkin pelik dan korang tak pernah dengar contoh Antropologi dan Sosiologi, atau Linguistik atau Persuratan Melayu. Kalau tak tahu jangan just ignore. Try google cari maklumat berkenaan kos tu, Ada ditawarkan kat U mana je. Belajar mengenai apa, peluang pekerjaan. Walaupun dulu aku memang tahu nak apply psikologi, I did search on other cost contoh Antropologi dan Sosiologi, lepas tu tengok juga psikologi belajar pasal apa, peluang pekerjaan semua. Rajinkan diri sementara masa banyak. Jangan malas. Do some research.

Tanya. Tanya pendapat orang kalau anda tak pasti, try tanya kaunselor atau kawan "wei aku sesuai ambik apa?" atau tanya cikgu kos yang korang nak ambik okay tak sesuai tak dengan korang. Sebab aku pernah nak apply antropologi tapi cikgu dan ayah tak bagi jadi proceed on psikologi sahaja,

Istikharah. Doa. Tawakal. Sangat sangat penting. Jangan pernah putus asa. Jangan pernah berhenti berdoa. Allah SWT sebaik-baik penolong. Dia Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu.

Itu sahaja kot, bebel panjang lebar dah ni. Selamat memilih. Pilihla dengan berhemah, bijaksana dan realistik. Oh dan , kalau tak dapat jangan putus asa. IPTA ini salah satu pilihan, kalau tak dapat masih ada rayuan kedua. Kemudian, ada beberapa universiti swasta yang tak kurang hebatnya. DO SOME RESEARCH jangan give up cepat sangat. UiTM juga ada buat beberapa intake cuma kena selalu alert. PLEASE! DON'T GIVE UP. Gagal ke IPTA atau UPU bukan tanda anda tak layak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Ada orang mungkin cepat mungkin lambat. Teruskan usaha dan doa. Ada pula orang jalannya lebih baik begini dari begitu. Pernah aku terfikir nak apply pergi luar negara tapi tak tahu macam mana, TAPI bagi sudent lepasan STPM result cemerlang semua korang ada peluang ke luar negara. Carilah peluang tu, Saya mungkin bukan sekarang mungkin nanti. Dia Maha Mengetahui. Bersangka baik selalu dengan perancanganNya. Cari peluang okay. Jangan mengalah. Ingat matlamat, ingat niat. Start saving. Masuk U sangat memerlukan kos yang tinggi. Serious.

Last but not least, SELAMAT MAJU JAYA. Sebarang pertanyaan dan soalan, boleh comment kat bawah *mungkin lambat, atau email (amieieda54@gmail.com) atau FB atau twitter @AsmiAsmidar . okay :) *Ini hanya berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan pengetahuan saya yg cetek. salah silap. sorry :) Da dapat masuk ke mana-mana jangan lupa sujud syukur :*

*maaf sangat yang saya balas lambat. saya jarang update comment



Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum sis saya nak minta pendapat if saya nak apply satu course tu and antara syarat khas dia first dia nak mathematics A- but alhamdulillah saya rezeki dpt B sis rasa patut ke saya apply course tu?
Mida said…
Awak boleh cuba. Tapi mesti ada sbb kenapa qualification dia tinggi. Risiko tinggi. Try cari other courses pula yg sesuai juga. All the best.
Mida said…
Awak boleh cuba. Tapi mesti ada sbb kenapa qualification dia tinggi. Risiko tinggi. Try cari other courses pula yg sesuai juga. All the best.
Anonymous said…
Salam sis. saya nak tanya. sebab saya dah apply untuk matrikulasi awal2 dah,then sekarang dah dapat result spm so kena update my result kat upu ke die memang automatik akan updatekan result saya ?
Nurul khazieeqah said…
Askm sis. boleh tak sis terangkan apa beza matrikulasi dengan asasi tak ? confuse la sikit. thanks
Anonymous said…
Assalamualaikum sis. Saya nak tanya. Dalam syarat khas UITM bg coarse Pengajian Perniagaan, dia nak Bi dan Math/Addmath. Untuk math/addmath ni dia nak dedua atau salah satu yg terbaik ye sis? Sebb math saya alhamdulillah B+ tapi addmath saya kurang baik iaitu gagal. Sis rasa layak ke saya mohon?
Anonymous said…
hii.. kalau lepas semua syarat khas kecuali untuk satu subjek, kalau nak apply.. dia tolak terus ataupun dia still letak dalam senarai cuma peluang tipis?
contohnya
syarat: B untuk add math/physics/

tapi chemistry c+ pulak. macam mana ye?

thanks
Anonymous said…
owh and kalau dapat asasi sains fizikal? untuk degree boleh sambung med/pharmacy/dentistry tak?
Anonymous said…
Kalau syarat khas 1 atau 2 tak lepas tapi tetap nak apply dia tolak terus ke atau masih ada peluang
Anonymous said…
Assalam. Nak tanya skit pasal bidang2 yg upu tawarkan. Kalau nak letak semua 'perubatan' dlm bidang 1,2 & 3 blh x? Sbb sy mmg tak minat yg lain dah. Bnyk family member yg suggest me to at least letak engineering or acturial science. Sy tak nak!
Nasmida Adim said…
Assalamualaikum kak,nk tnya klau sya nk ambk farmasi, utk kimia dye nk c+ n sya dpt kimia tpat2 c+ patutkah sya mohon??
adam malik said…
salam...saye dalam dilema...stpm 2014 sastera dapat 3.5...xthu nak isi ape upu>>:)
Anonymous said…
salam . saya tak tau nak apply uni mcm mne .

persaingan terlalu tinggi . T.T

saya lepasan stpm aliran sastera , geog dan sjrah .

alhamdulillah. lepas 3.5

mcm mne ek ? T.T
Mida said…
Sorry late. Automatik.
Mida said…
Wasalam..matriks dgn asasi. Beza dia sistem dia. Selalunya kalau asasi tempat kita kat U tu da secure.
Mida said…
Dia pilih satu je. Kalau satu da strong. Okay je
Mida said…
Salah satu sahaja. Dia tak tengok semua.
Mida said…
Boleh rasanya
Mida said…
Selalunya sistem tolak terus.
Mida said…
Better letak. Kalau tak nak juga. Kena tanggung risiko dia. Kemungkinan tak dapat tu tertakluk pada persaingan.
Mida said…
Bergantung pada minat.
Mida said…
Okay la 3.5. Tahniah. Apply yg minat dan berkaitan. Sejarah atau geo?
Mida said…
Bergantung pada minat.
Faeizah Ayuni said…
Betol ke kite kene tolak matrik kalo x nama kite kat upu tidak akan diterima
Amirah Aamf said…
Salam. Jika dr aliran sains. Bolehkah mohon ijjazah undang undang uitm
Mida said…
Matrik tak pasti. Tapi kalau da dapat matrik jarang dapat asasi .
Mida said…
Wasalam. Bolej 😃
Anonymous said…
Salam. Sis kalau student matriks sains pointer kne brp nk app utk deg psychology?
nadia said…
Akak, kalau buat asasi di uitm or um boleh apply masuk usm lagi tak? Saya confuse sama ada nak masuk asasi or matriks sebab saya teringin nak masuk usm.
aimi naemah said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
slm sis. Utk batch saya upu xasingkan RU dgn ipta.cuma 1st 4 choice utk iv.xletak iv pon xpa.RU like upm utm letak no12 no9 no 5 pon xpa.mslh saya skrg.no 2 saya letak ot ukm (iv). No 3 ot uitm.saya rasa xnak ke ukm skunx.jd if saya xpergi iv. effect x no 3 saya?
Anonymous said…
Assalamualaikum akk. Nk tnye. Skrg kan tengah keluar result iv semua kan. Kalau kita tak dapat iv. Means that course tu confirm kita tak dapat ke? So waktu fasa ke-2 upu nanti kene tukar la course tu dgn course lain?
Anonymous said…
assalam sis,sye ade dpt satu iv kat ukm.,kalo saya x pgi iv tu pilihan laenyg saye pilih dlm upu akn tertolak ke?ade kemungkinan ke kte tak akn dpt satu pun tawarn dlm bidang upu yg kte pilih tu?
meyy_ainn said…
awak. kite dpt panggilan temuduga ukm. kos bisness.minggu depan pegy. nk tnya, agak2 pluang utk dpt masuk sana cerah tak??
Anonymous said…
Salam, sy tgh tggu rsult kputusan matriks n most of my frens got an interview frm university
I'm lil bit worried cz I didn't get any offer for the iv
Apa mknanya tuu?
Anonymous said…
Ukm antara u yg top jgak, persaingan mmg tinggi..klau awk dh dpt iv, mknanya pointer awk mmg dh lepas. Cuma skrg ni diorg nak tgk soft skill kita mcm mana. Klau awk dpt masuk sna kira baguslah. Kpd admin, maaf ye sye tlg jawab yg ni..
Anonymous said…
Kalau certain u dia nk muet at least band 3, tapi we got band 2 so kalau isi jgk memang terang terang tak dapat ek?
insan kerdil said…
assalamualaikum... saye nk tye so skrg awak amik kos psikologi ye?? sye minat kos tu..tapi ramai sgt cakap kos ni susah..sampai saya tkut nk amik...tapi biasalakn kalau nk ckp susah..sume bnde susah klu xblaja kn hehehe..tapi saye masih lagi xde kyakinan diri nak amik...skrg saya diploma pnddikan awl islam kanak2 so ade laa blja psikologi skit2..just x tahu hala tuju nk ke degree nnti..tu yg igt nk amik psikolog tp hmm ntahlah.. boleh berikan cadangn or ape2 ?? memandangkn syeakn habis diploma x lme lagi..mohon doakan ye
insan kerdil said…
assalamualaikum... saye nk tye so skrg awak amik kos psikologi ye?? sye minat kos tu..tapi ramai sgt cakap kos ni susah..sampai saya tkut nk amik...tapi biasalakn kalau nk ckp susah..sume bnde susah klu xblaja kn hehehe..tapi saye masih lagi xde kyakinan diri nak amik...skrg saya diploma pnddikan awl islam kanak2 so ade laa blja psikologi skit2..just x tahu hala tuju nk ke degree nnti..tu yg igt nk amik psikolog tp hmm ntahlah.. boleh berikan cadangn or ape2 ?? memandangkn syeakn habis diploma x lme lagi..mohon doakan ye
Anonymous said…
Kalau dapat usm boleh dapat upu ke? Atau beza?
Anonymous said…
Kalau nak apply matrik dengan asasi, nanti dia dapat salah satu ke? Saya nak apply upu asasi
Amalen Nasuha said…
hii kak, if saya apply for matriks boleh ke saya nak apply utk asasi juga? permohonan tak kena tendang ke? guna no pin yg sama ke? im sorry for bothering u kak, but i need ur answer asap. so that saya tak buat mistake bila mohon upu. thank u kak.
Mida said…
wasalam degree in psychology matriks ke asasi sama je. dekat syarat kelayakan 2.3 da layak but sebolehnya 3++ la di UKM
Mida said…
boleh je kalau sambung matriks boleh pergi UM atau USM , kalau sambung asasi UM pun boleh masuk je U lain
Mida said…
kalau tak pergi IV tak effect pun pilihan seterusnya. Tapi kalau tak pergi IV maknanya awak takkan ada peluang utk dapat kos tu lah. mungkin dia akan bagi yg sebelumnya kalau sebelum tak dapat bagi yg seterusnya.
Mida said…
yup kalau tak dpaat iv confirm tak dapat yg tu so pilih yg lain. sama ada awak dapat course sebelum yg takde iv atau course seterusnya.
Mida said…
yup kalau tak dpaat iv confirm tak dapat yg tu so pilih yg lain. sama ada awak dapat course sebelum yg takde iv atau course seterusnya.
Mida said…
wasalam kalau tak pergi iv takpe. pilihan lain still dia akan consider cuma yg iv tu la kita memang takde chance da.
Mida said…
peluang ada je, bergantung pada IV. kalau awak layak inshaAllah
Mida said…
awak tgah tunggu matriks yaa. mungkin rezeki awak kat situ atau asasi. kawankawan iv utk apa?
Mida said…
terima kasih tolong jawab ^-^ saya terlepas banyak soalan sebab jarang update blog . saya minta maaf sangat tapi kalau nak jawapan yg cepat boleh email saya atau twitter @AsmiAsmidar inshaAllah akan cuba balas secepat mungkin.

IV- kalau anda tak dapat IV maknanya adan dapat pilihan pertama kalau IV pilihan kedua . Jarang student tak dapat IV selalunya bila dapat IV maknanya kelayakan anda cukup untuk kursus tersebut IV hanya nak tengok sejauh mana anda mampu dan nak kos itu termasuk soft skill sbb U terlalu ramai peljar memohon dan bijak belaka. cara membezakan hanyalah melalui IV. Kalau anda menolak IV permohonan anda pada yg lain takkan terjejas hanya akan menjejaskan yg IV tapi sayangla kan. mungkin yg seterusnya dapat mungkin tak, tapi yg IV tu kalau pergi mana tahu dapat.
Mida said…
susah la nak dapat kalau most yg minta course tu band 3 ke atas. tapi kalau tak ramai band 3 ke atas awak mungkin ada peluang tpi kemungkinan kecil.
Mida said…
sebenarnya betul tu semua benda pun susah . yes psikolohi a bit tough sbb course ni ke arah sains. tapi seronok, sangat seronok. untung kalau minat. course ni banyak membaca. bagus juga tu, inshaAllah semoga berjaya. istikharah la dan ikut minat. Ayah saya pesan "jangan ikut orang, tanya diri kita sebab kalau kita minat sesuatu susah macam mana pun kita teruskan"
Mida said…
boleh kalau dapat USM boleh dapat UPU boleh dapat UM
Mida said…
matriks dengan asasi tak pasti mungkin boleh dapat dua-dua sbb apply berbeza.
Mida said…
boleh je apply dedua. matriks dgn upu apply lain so no pin lain. ini paling cepat akak dapat balas. sorry and good luck.
littlepolkadot said…
Assalamualaikum sis,ade tips x mcm mane nk buat e rayuan utk upu? Adakah saya patut memohon uni n kos yg sama atau kos yg lain?
littlepolkadot said…
This comment has been removed by the author.
littlepolkadot said…
Assalamualaikum sis,ade tips x mcm mane nk buat e rayuan utk upu? Adakah saya patut memohon uni n kos yg sama atau kos yg lain?
littlepolkadot said…
This comment has been removed by the author.
littlepolkadot said…
Assalamualaikum sis,ade tips x mcm mane nk buat e rayuan utk upu? Adakah saya patut memohon uni n kos yg sama atau kos yg lain?
littlepolkadot said…
Assalamualaikum sis,ade tips x mcm mane nk buat e rayuan utk upu? Adakah saya patut memohon uni n kos yg sama atau kos yg lain?
Anonymous said…
Assalamualaikum sis, sy lepasan matriks dlm bidang accounting n result sy bwh 3 T_T jadi bila sy isi upu, sy pilih kos yg xada kaitan dgn akaun memandangkn syarat utk amik akaun skrg boleh dikatakan atleast 3.8.. tapi bila check upu smlm, sy xdpt tawaran ke mana2. Jadi sis, apa yg patut sy buat? sy sgt2 la down skrg ni. Result spm sy dulu xde la hebat tp alhamdulillah sy dpt 5A 4B. Ada yg sarankan sy amik diploma, tp sy xpasti. Sy buntu sis...
Mida said…
waalaikumussalam. kalau rayuan saya rasa awak boleh cuba pilih kos lain yang layak dengan result.cuba apply kos lain sebab takut kuota bagi kos kita nak da penuh.
Mida said…
waalaikumussalam. awak cuba buat rayuan yg ada kena mengena. contoh cuba apply pengajian bahasa melayu kalau kursus tu ada spt apa yg awak ambik account. masccomm ke. ambil yg berkenaan. cuba buat rayuan. kalau ambik diploma boleh tapi awak akan habiskan banyak masa la. kalau terus degree jimat masa tapi rezeki orang lainlain. terpulang pada minata wak. pastikan apa yg awak minta sesuai dgn pointer.
Sofia Sophie said…
Assalam sis.. saya nk buat rayuan untuk upu.. nk tanya pendapat sis.. patut ke sama mitak kos dan uni yang sama? Atau mintak kos dan uni yang lain? Saya pernah terbaca, kalau nk buat ryuan jgn mintak kos dan uni yang sama..betul ke? Terima kasih sis
Sofia Sophie said…
Assalam sis.. saya nk buat rayuan untuk upu.. nk tanya pendapat sis.. patut ke sama mitak kos dan uni yang sama? Atau mintak kos dan uni yang lain? Saya pernah terbaca, kalau nk buat ryuan jgn mintak kos dan uni yang sama..betul ke? Terima kasih sis

Popular Posts